Komposisi etnik Demografi_Malaysia

Pada tahun 2019,jumlah penduduk Malaysia adalah 32.7 juta yang merangkumi 90.2 peratus warganegara dan 9.8 peratus bukan warganegara.

68.88% merupakan kaum Bumiputera, dimana 58.7% terdiri daripada Bumiputera Melayu dan 4.13% dari Bumiputera Lain. Bumiputera Lain adalah terdiri daripada Orang Asli, Siam, Serani, , dan lain-lain minoriti bumiputera di Semenanjung Malaysia manakala ia dikenali sebagai Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak di Malaysia Timur. 64.4% merupakan kaum Dayak di Sarawak dan suku kaum Kadazan-Dusun majoriti di Sabah iaitu terletak di Malaysia Timur.

Kira kira 25.56% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina. Masyarakat Cina Malaysia terdiri daripada orang Foochow, Hainan, Henghua, Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan lain-lain.

Masyarakat Orang India Malaysia pula merangkumi 6.73% daripada penduduk Malaysia yang terdiri daripada orang Tamil yang merupakan orang India terbesar di Malaysia, orang Malayali, Punjabi Sikh, Telugu dan lain-lain.

Manakala lain-lain kaum pula seramai 0.9 % adalah orang yang berketurunan Bangsa Asia Lain, dan Bangsa Dunia yang lain yang diberi taraf warganegara mengikut syarat-syarat tertentu.[1]

Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 25.8 juta daripada 31.9 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.